Griezmann benam Atletico

Griezmann benam Atletico

MADRID, 26 Nov (AFP) – Antoine Girezmann menjaringkan dua gol ketika Atletico Madrid menempah tempat dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara dengan kemenangan 2-0 ke atas Galatasaray di stadium Vicente Calderon semalam.

Selepas pertemuan pertama antara dua pasukan itu dalam kemenangan 2-0 Atletico September lalu, Griezmann begitu berbeza apabila menjaringkan gol pada setiap separuh masa untuk membawa pasukan Diego Simeone ke pusingan 16 terakhir bagi musim ketiga berturut–turut.

Keputusan itu memastikan Benfica, yang seri 2-2 di Kazakhstan kepada Astana awal perlawanan, juga mara menerusi keputusan seri untuk pusingan pertama kalah mati.

Atletico dan Benfica terikat 10 mata di tangga teratas Kumpulan C dengan tempat teratas menjadi taruhan apabila mereka bertemu di Lisbon dalam tempoh dua minggu lagi.

Bekas penjaga gol Brazil, Claudio Taffarel mengambil alih tugasan sementara pengurusan Galatasaray selepas Hamza Hamzaoglu dipecat enam hari lalu.

Griezmann menanduk bola untuk menjaringkan gol semasa menentang Galatasaray di stadium Vicente Calderon, Madrid semalam. – AFP
Griezmann menanduk bola untuk menjaringkan gol semasa menentang Galatasaray di stadium Vicente Calderon, Madrid semalam. – AFP

Mereka masih memerlukan sekurang–kurangnya satu mata apabila Mustafa Denizli yang baru dilantik mengetuai perlawanan akhir di tempat sendiri menentang Astana untuk memastikan tempat dalam Liga Europa awal tahun depan.

Permulaan sukar Atletico musim ini diselamatkan dengan 10 perlawanan bersih dalam 16 perlawanan pembukaan mereka.

Bagaimanapun, mereka terperangkap pada minit ke-11, apabila Wesley Sneijder meluru ke dalam kotak penalti, tetapi rembatan kencangnya tersasar.

Biarpun mendahului, seminit kemudian Galatsaray ketinggalan di belakang apabila hantaran lintang Gabi dari sudut kanan tepat kepada Girezmann yang tidak dikawal untuk menanduk masuk bola.

ARTIKEL YANG SAMA