Griezmann bersama Atletico hingga 2021

Griezmann bersama Atletico hingga 2021

MADRID, 23 Jun (AFP) – Penyerang Atletico Madrid Antoine Griezmann telah menandatangani perjanjian baru dengan Atletico Madrid, mengikat pemain kebangsaan Perancis itu di saingan La Liga hingga 2021.

Griezmann menjaringkan 32 gol apabila kelab kendalian Diego Simeone itu hampir memenangi takhta Sepanyol di belakang Real Madrid dan juara Barcelona musim lepas, namun gagal menyudahkan penalti pada perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Real.

Pemain penyerang bintang itu “telah memperbaharui kontraknya dengan kelab kami hingga 30 Jun, 2021,” Atletico mengumumkan dalam satu keterangan hari ini. Dia berkata pemain berusia 25 tahun itu “telah menikmati dua musim sangat baik dalam pasukan kami” sejak 2014 dengan mencatat 57 gol.

Antoine Griezmann akan meneruskan cabarannya di kelab Atletico Madrid hingga 2021. – AFP
Antoine Griezmann akan meneruskan cabarannya di kelab Atletico Madrid hingga 2021. – AFP

“Saya sangat gembira, sangat gembira untuk kekal dalam keluar dan projek ini,” tambah Griezmann.

“Setiap tahun saya melihat untuk meningkatkan kelab saya, jurulatih dan rakan sepasukan membenarkan saya berbuat demikian. “Hasrat saya adalah untuk terus meningkatkan apa yang dilakukan pada musim-musim lepas.”

ARTIKEL YANG SAMA