Griezmann pimpin Perancis

Griezmann pimpin Perancis

MONTPELLIER, Perancis, 5 Julai – Dia berbangga dengan nama Jerman, berketurunan Portugis dan mempelajari bola sepak di Sepanyol, tetapi Perancis bergantung pada kesetiaan Antoine Girezmann untuk membawa mereka memenangi Euro 2016.

Penyerang Atletico Madrid berusia 25 tahun itu beraksi dalam separuh akhir menentang Jerman Khamis ini dan beliau adalah penjaring terbanyak dalam perlawanan selepas menyumbat empat gol.

Dengan jaringan kemenangan 5-2 pada suku akhir menentang Iceland, Griezmann menjadi pemain Perancis pertama sejak Michel Platini menjaringkan sembilan gol pada Euro 84 untuk menjaringkan empat kali dalam perlawanan tersebut.

Biarpun ditolak beberapa kelab Perancis kerana badannya yang damit, Griezmann tidak berdendam dan sekarang dilihat mencapai ketajamannya.

Dia bermula dengan perlahan dalam kemenangan 2-1 ke atas Romania tetapi diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol pada minit ke-90 dalam kemenangan 2-0 ke atas Albania.

Selepas seri tanpa jaringan bersama Switzerland, dua jaringan Griezmann dalam tempoh tiga minit pada separuh masa kedua menundukkan pasukan Republik Ireland dengan harapan diberikan menerusi sepakan penalti dari Robbie Brady.

Kemenangan 2-1 itu menyelamatkan laluan Perancis ke suku akhir, dan pertemuan bersama Iceland yang menghantar bintang England itu pulang.

Griezmann menjaringkan tiga gol pada separuh masa apabila Perancis mendahului 4-0. Sepakan sudutnya minit ke-20 menyaksikan Paul Pgoba menanduk masuk gol kedua Perancis.

Dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Griezmann memberikan umpanan kepada Dmitri Payet bagi gol ketiga Perancis, dan dua minit kemudian dia menyudahkan bola langsung Olivier Giroud untuk menewaskan penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson dengan sepakan tinggi.

Payet melutut agar penyerang Atletico itu boleh mengangkat kasutnya bagi membolehkan pemain utama West Ham itu menciumnya. – AFP