Griezmann terus fokus

Griezmann terus fokus

MADRID, 1 Mei (AFP) – Penjaring terbanyak Atletico Madrid, Antoine Griezmann menegaskan kepenatan tidak akan mengganggu rentaknya dalam perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara untuk mara ke final selepas tiga tahun menentang Bayern Munich pada Selasa ini.

Pasukan Sepanyol itu akan berkunjung ke tempat juara Jerman dengan kini mendahului 1-0 selepas perlawanan pertama separuh akhir.

Griezmann terpaksa diturunkan daripada bangku simpanan untuk menjaringkan mata buat Atletico bagi mengekalkan harapan juara La Liga yang menyaksikan mereka menang 1-0 kepada Rayo Vallecano, semalam serta menyaksikan jurulatih, Diego Simeone membuat tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding perlawanan menentang Bayern.

Meski musim yang panjang Atletico dan gaya permainan yang bertenaga, Griezmann percaya mereka berada di kedudukan yang mana mereka impikan sejak permulaan musim.

Griezmann (kiri) akan terus berjuang dan fokus dengan rentaknya dalam perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara untuk mara ke final selepas tiga tahun menentang Bayern Munich pada Selasa ini. – AFP
Griezmann (kiri) akan terus berjuang dan fokus dengan rentaknya dalam perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara untuk mara ke final selepas tiga tahun menentang Bayern Munich pada Selasa ini. – AFP

“Ini adalah perkara terbaik untuk mendapat permainan yang hebat dan kepenatan adalah perkara kecil,” kata Griezmann selepas menjaringkan gol ke-30 pemain itu pada musim ini.

“Kami begitu bersemangat. Setiap pemain mengimpikan bermain dalam separuh akhir Liga Juara-Juara dan kami akan melakukan segalanya.”

Griezmann muncul penyelamat Atletico dengan melakukan rembatan pada seminit selepas turun bermain dalam babak kedua sebagai pemain gantian bagi memastikan Atletico kekal memperoleh mata memburu Barcelona di kedudukan teratas La Liga yang kini berbaki dua perlawanan.