Griffiths selamatkan Celtic

Griffiths selamatkan Celtic

PARIS, 28 Julai – Leigh Griffiths menyelamatkan maruah Celtic apabila jaringan penyamaan 12 minit sebelum tamat perlawanan membantu kelab Scotland itu bangkit mengikat Astana 1-1 pada aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara, semalam.

Bekalan satu gol di tempat lawan itu bermakna keputusan kini lebih memihak kepada skuad Brendan Rodgers untuk pertemuan di Glasgow minggu depan.

Pasukan dari Kazakhstan itu harus menyalahkan diri sendiri kerana mereka mempersiakan peluang untuk menamatkan perlawanan itu dengan bekalan lebih selesa.

Dua percubaan Astana terkena palang manakala penjaga gol Celtic Craig Gordon menjadi antara pemain yang paling sibuk menafikan deretan percubaan berbahaya skuad tuan rumah itu.

Bagaimanapun Yuri Logvinenko tidak menunggu lama untuk meletakkan Astana di depan pada minit ke-19 menerusi tandukan kencang bola sepakan sudut.

Namun, penyerang Scotland Griffiths menyamakan kedudukan selepas 78 minit perlawanan dengan rembatan sempurna dari tengah kotak penalti untuk menyalakan semula harapan Celtic.

Sebelum Celtic menyamakan kedudukan, juara Kazakhstan itu melihat percubaan Azat Nurgaliyev mengenai palang manakala Junior Kabananga juga mengalami detik sama.

“Saya perlu memberi kredit kepada pemain saya,” kata Rodgers kepada BBC. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA