Grind Coffee House sambut ulang tahun

Grind Coffee House sambut ulang tahun

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Grind Coffee House Brunei hari ini meraikan sambutan ulang tahun pertamanya yang diadakan di Bangunan Al-Warisah di Pekan Muara.

Hadir bagi menyempurnakan pemotongan kek pada majlis tersebut ialah Pengetua Syarikat JPM Food & Beverages Trading Company, Haji Antuna bin Ahssan dan isteri, Pengiran Hajah Jamilah binti Pengiran Matarsat.

Semasa majlis itu juga, seorang pelanggan bertuah telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa gelas emas dan baucar percuma kopi selama enam bulan.

Pada majlis itu juga, Grind Coffee House memperkenalkan beberapa menu seperti sandwic, daging Hoagie, daging Chunky yang disaluti dengan bawang, karamel dan cendawan yang hanya dihidangkan pada hari ini sahaja.

Grind Coffee House Brunei Darussalam sudah pun menghidangkan lebih kurang 27,822 cawan kopi sejak ianya membuka pintu perniagaan di sini.

Haji Antuna dan isteri bersama kakitangan Grind Coffee House ketika memotong kek ulang tahun pertamanya.
Haji Antuna dan isteri bersama kakitangan Grind Coffee House ketika memotong kek ulang tahun pertamanya.

ARTIKEL YANG SAMA