Groove Music untuk Windows 10

Groove Music untuk Windows 10

NEW YORK, 8 Julai (AFP) – Microsoft menjenamakan semula perkhidmatan muzik berdasarkan langganan, sebagai sebahagian usaha pengukuhan untuk bersaing dengan Apple, Goggle Spotify dan lainnya.

Syarikat gergasi teknologi AS ini mengatakan perkhidmatannya, Groove Music adalah penamaan semula bagi XBox Music yang akan dimasukkan ke dalam sistem pengendalian Windows 10 yang direka untuk menghebatkan lagi komputer dan pelbagai peranti bergerak.

“Penggemar-penggemar kami meminta cara lebih cepat untuk mendapatkan muzik yang mereka sukai dengan cepat, efisien dan pada peranti kegemaran mereka,” Brandon LeBlanc, dari Microsoft berkata dalam blog semalam.

“Dan untuk itu, kami dengan bangga memperkenalkan evolusi pengalaman Xbox Music kami masa ini, kini bertajuk Groove, dengan ciri-ciri baru yang kami fikir akan anda sukai.

“Groove menggambarkan apa yang dirasakan oleh orang ramai dan lakukan dengan muzik, dan lebih intuitif bagi pelanggan Windows 10 kami tentang apa yang mereka temui dengan aplikasi ini.”

Microsoft berusaha gigih untuk meraih tarikan dalam muzik sejak perantinya mula direka untuk bersaing dengan iPod Apple asli untuk pemain muzik mudah alih dipanggil Zune yang tidak diteruskan dalam tahun 2011 selepas kira-kira lima tahun.

LeBlanc berkata perkhidmatan baru Groove akan boleh mendengarkan 40 juta buah lagu dan menawarkan ‘pengalaman yang diperbaiki lagi untuk mendengarkan lagu dan mengendalikan muzik anda.”

ARTIKEL YANG SAMA