Grosjean pemandu terbaik GP Australia

Grosjean pemandu terbaik GP Australia

MELBOURNE, 22 Mac – Romain Grosjean buat kali pertama memenangi anugerah pemandu terbaik perlumbaan dalam saingan Formula Satu (F1) selepas menamatkan aksi di tempat keenam pada Grand Prix (GP) Australia di Melbourne, kelmarin.

Laman web rasmi formula1.com mengumumkan keputusan itu selepas peminat diminta mengundi secara atas talian selepas perlumbaan berkenaan.

Ia tidak mendedahkan jumlah undian yang diterima setiap pemandu tetapi menegaskan bagi berlaku adil, undi yang beberapa kali daripada sumber sama tidak akan diambil kira.

F1 musim ini memperkenalkan anugerah pemandu terbaik perlumbaan yang menyamai anugerah dalam perlawanan bola sepak ‘pemain terbaik perlawanan’.

Ia bertujuan untuk meningkatkan jumlah peminat untuk sukan itu.

Grosjean ketika mengambil foto untuk paparan potret pemandu sebelum acara Formula One Grand Prix Australia di Melbourne. – Reuters
Grosjean ketika mengambil foto untuk paparan potret pemandu sebelum acara Formula One Grand Prix Australia di Melbourne. – Reuters

Bagaimanapun, ada segelintir pihak termasuk media dan pegawai F1 bimbang undian itu akan memberi kesan kepada pemandu yang hanya akan menjadi popular di laman sosial berbanding prestasi mereka ketika perlumbaan.

“Ini adalah kemenangan untuk kita, ini adalah satu kemenangan, “ Grosjean berkata dalam nada emosi.

“Rasanya seperti berdiri di tempat teratas bersebelahan dengan podium untuk kami.”

Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton yang menamatkan saingan di tempat kedua di belakang rakan sepasukan, Nico Rosberg di Albert Park mempunyai pengikut seramai 3.2 juta di Twitter.

Grosjean pula 549,000 manakala pemandu baharu, Rio Haryanto dari Indonesia yang mempunyai populasi sebanyak 250 juta orang mempunyai pengikut seramai 423,000 dalam tempoh sebulan.

Haryanto gagal menamatkan perlumbaan, kelmarin. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA