Groth bukan saingan Murray

Groth bukan saingan Murray

MELBOURNE, 21 Jan – Pemain nombor dua dunia, Andy Murray menewaskan Sam Gorth dari Australia dalam straight set untuk mara ke pusingan ketiga di Terbuka Australia hari ini.

Murray menewaskan pemain yang memegang rekod servis terpantas dunia itu dengan 6-0, 6-4, 6-1 dalam masa satu jam 31 minit dan akan menentang Joao Sousa dari Portugal pada pusingan ketiga.

Murray berjaya menghalang servis kencang Groth dengan pukulan tinggi yang tepat, pukulan balas tinggi dan pukulan yang sempurna, semuanya digabungkan dengan kesilapan pemain voli dari Australia itu.

“Ia adalah menarik untuk bermain dengan gaya yang berbeza, ramai pemain beraksi dengan permainan yang sama pada hari ini dan Sam jelas melakukan yang berbeza, berada di jaring banyak kali,” kata Murray.

“Apabila dia melakukan servis, ia mudah untuk menghadapi keadaan sukar memandangkan kadangkala anda tidak menyentuh bola sepanjang permainan.

Andy Murray dengan mudah sahaja menewaskan lawannya dari Australia Sam Groth dalam pusingan kedua Terbuka Australia. - Reuters
Andy Murray dengan mudah sahaja menewaskan lawannya dari Australia Sam Groth dalam pusingan kedua Terbuka Australia. – Reuters

“Dia tidak memulakan pertandingan dengan servis yang bagus yang membantu saya dan apabila dia mendapatkan permainannya pada set kedua ia menjadi lebih sukar.”

Statistik pertandingan yang signifikan adalah Murray lebih banyak melakukan servis aces berbanding Groth 10-6, pemain ranking ke-67 sementara mematahkan servis kencang pemain dari Australia tujuh kali.

Pemain dari Scotland itu mematahkan tiga servis pertama Groth untuk memenangi set pembukaan dalam masa 29 minit, yang menyaksikan pemain dari Australia menggelengkan kepalanya.

Ia dilihat sehingga servis permainan kelima Groth bertahan buat kali pertama yang menjadi keriuhan penonton, dengan pemain dari Australia itu mengangkat tangannya dalam menandakan kejayaan.

Groth, 28, mendapatkan break point pertama dalam servis ketujuh Murray dan merampas kembali apabila pukulan forehand pemain dari Scotland itu tinggi. Pemain dari Australia itu mula mendapatkan permainannya tetapi Murray masih mendapatkan servis break kelimanya untuk memenangi dua set mendahului apabila voli daripada Groth tersasar dengan break point. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA