Groth harap isteri Murray bersalin cepat

Groth harap isteri Murray bersalin cepat

MELBOURNE, 19 Jan – Andy Murray telah menerima beberapa ucapan baik daripada rakan-rakan pemain mengenai bakal kelahiran anak pertamanya, namun Sam Groth adalah satu-satunya yang mahu anak damit itu dilahirkan lebih awal dari sepatutnya.

Isteri Murray Kim dijadualkan akan melahirkan anak pertama pasangan itu pada pertengahan Februari, walaupun pemain Britain itu berkata berkali-kali sekiranya isterinya akan melahirkan anak lebih awal, dia akan meninggalkan kempen Terbuka Australianya untuk pulang ke pangkuan isterinya.

“Lebih baik sekiranya isteri-nya sakit hendak bersalin semalaman,” lawan pusingan kedua Murray, Groth berjenaka hari ini. “Saya mungkin akan menyokong untuk itu.”

Pemain tinggi lampai Australia itu menguasai lawannya dari Perancis Adrian Mannarino dengan 17 ace dan servis terpantas yang direkodkan pada kejohanan itu setakat ini dengan 235 kilometer per jam untuk membuat pertemuan dengan Murray.

Samuel Groth dari Australia yang akan menentang Andy Murray di pusingan kedua Terbuka Australia. - Reuters
Samuel Groth dari Australia yang akan menentang Andy Murray di pusingan kedua Terbuka Australia. – Reuters

Pemain ranking ke-67 itu tidak berada dalam ilusi menjelang cabaran yang bakal dihadapinya menentang pemain Britain itu, yang dianggap salah satu returner terbaik dalam perlawanan. “Mudah-mudahan saya akan membuat servis dengan baik dan tidak dibalas balik,” kata Groth. “Saya akan melakukan itu kepadanya. Ia tidak akan berubah terlalu banyak. Saya akan melakukan servis kuat dan cuba untuk ke depan dan bermain secara agresif.

“Tapi ia sukar. Nombor pilihan kedua dan kedua di dunia.

“Dia pemain yang berkualiti. Dia berada di sana atas sebab – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA