‘Ground Service Men’ muncul juara

‘Ground Service Men’ muncul juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Kejohanan Futsal Antara Bahagian anjuran Kelab Futsal Diraja Brunei (Royal Brunei Futsal Club) kali ke-4 2015, berakhir dengan kejuaraan menjadi milik ‘Ground Service Men’.

Dalam kejohanan menggunakan format liga satu pusingan yang disertai enam buah pasukan itu, Ground Service Men mengumpul 12 mata dari empat menang dan satu kalah, disusuli ‘Commercial’ selaku naib juara dengan 7 mata daripada dua menang, satu seri dan dua kalah.

Dalam kejohanan di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Airport Lama, Berakas itu ‘Inflight Services’ tewas jaringan berbanding ‘Commercial’ walaupun turut memiliki 7 mata untuknya berpuas hati memenangi tempat ketiga.

Kesemua pemain yang menyertai Kejohanan Futsal RB kali ke-4 2015 berkenaan bergambar ramai.
Kesemua pemain yang menyertai Kejohanan Futsal RB kali ke-4 2015 berkenaan bergambar ramai.

‘Cabin Services’ dengan 6 mata di tempat keempat, disusuli ‘Corporate Services’ dan ‘Engineering’ masing-masing di tempat kelima dan keenam dengan kedua-duanya mengumpul 5 mata sama, hanya dibezakan oleh jaringan.

Kejohanan itu merupakan medan persediaan RB sebelum mengadakan perlawanan persahabatan di Universiti Malaysia (UM) Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan pada Sabtu, 31 Oktober ini.