GSW alami kekalahan pertama musim ini

GSW alami kekalahan pertama musim ini

AMERIKA SYARIKAT, 13 Dis (Reuters) – Rekod kemenangan 24 kali berturut–turut Golden State Warriors (GSW) pada awal musim berakhir semalam dengan kekalahan 108-95 kepada Bucks di Milwaukee, dengan jurulatih sementara Luke Walton berkata Warriors ‘kekurangan kekuatan’.

Malam selepas mengatasi Boston dalam dua masa tambahan, juara National Basketball Association (NBA) itu tewas di Milwaukee pada jelajah terakhir tujuh perlawanan.

Kemenangan berturut–turut Golden State tersebut, terpanjang pada awal musim dalam sejarah NBA, adalah ketiga terpanjang dalam semusim di belakang Los Angeles Lakers, yang mencatatkan 33 kemenangan berturut–turut pada 1971-72, sementara Miami Heat mencatatkan 27 kemenangan berturut–turut pada 2013.

Buck juga menghentikan kemenangan berturut–turut Lakers pada tahun 1972.

Melihat kembali pada akhir musim lalu, Golden State mencatatkan 28 kemenangan berturut–turut dalam perlawanan musim biasa.

Bintang GSW Stephen Curry kelihatan hampa dengan kekalahan pertama pasukannya musim ini. - Reuters
Bintang GSW Stephen Curry kelihatan hampa dengan kekalahan pertama pasukannya musim ini. – Reuters

Pasukan Warriors yang biasanya tajam jelas bergelut, menghasilkan hanya 40 peratus, dengan pemain pertahanan Stephen Curry (10 bagi 21 untuk 28 mata) dan Klay Thompson (empat bagi 14 untuk 12 mata) bergelut untuk mendapatkan rentak mereka.

“Kami tidak memilikinya malam ini,” Walton memberitahu wartawan. “Sebab itu ia begitu sukar untuk melakukan apa yang dilakukan para pemain setakat ini. Malam ini ia memerangkap kami.

“Bagi saya, mereka (Bucks) melihat seperti mereka mahukannya sedikit lagi malam ini. Kami kelihatan kekurangan kekuatan.

“Walaupun mencatatkan 24 menang dan kalah 1, kekalahan masih terasa teruk.”

Walton, yang menggantikan tempat ketua jurulatih Steve Kerr, yang pulih sedang menjalani pemulihan kecederaan belakang, berkata para pemainnya seharusnya berbangga dengan pencapaian mereka.

“Tiada alasan bagi sesiapa untuk mengangkat kepala mereka di bilik persalinan kerana kekalahan itu.

Mereka begitu luar biasa sepanjang tahun, dan kekalahan pasti hadir.