Guardiola akan sedar – Hamann

Guardiola akan sedar – Hamann

BERLIN, 5 Feb – Bekas bintang Liverpool Dietmar Hamann (gambar) yakin Pep Guardiola akan mendapati bola sepak Inggeris adalah setakuk lebih rendah berbanding Sepanyol dan Jerman apabila dia mengambil alih Manchester City musim depan.

Isnin lalu, Guardiola diumumkan sebagai pengganti Manuel Pellegrini musim depan dengan gaji dianggarkan bernilai lebih 15 juta pound setahun.

Tetapi Hamann, bekas pemain kebangsaan Jerman dan pernah mengemudi barisan tengah Liverpool. City dan Newcastle berkata, Guardiola boleh menjangkakan suasana stadium yang hambar serta perbelanjaan pasukan yang melambung tinggi apabila dia sampai di England.

Menurut Hamann, gaji pemain-pemain dalam kancah bola sepak Inggeris amat tinggi berbanding prestasi permainan dan ia situasi yang bakal menanti pengendali dari Sepanyol itu selepas tiga tahun dia bersama Bayern Munich di Jerman dan empat tahun membimbing Barcelona.

“Selepas kerjaya di Munich dan Barcelona, dia akan terkejut melihat suasana di beberapa stadium England dan merasakan seperti dia berada di Unterhaching (kelab divisyen empat Jerman),” kata Hamann. “Bola sepak Inggeris berdepan masalah besar.

pg22_160206_b

Saya melihat Stuttgart menentang Hamburg Sabtu lalu secara langsung dan teruja dengan apa yang saya lihat.

“Apabila saya membandingkannya dengan perlawanan utama (Liga Perdana Inggeris) seperti Liverpool bertemu Manchester United pada pertengahan Januari, apa yang disajikan untuk penonton di sana (England) amat menyedihkan.

“Jadi Liga Perdana Inggeris bukanlah yang terbaik di Eropah, malah ia sebaliknya. Bundesliga, dengan kualiti teknikal serta corak menyerangnya, adalah produk paling menarik yang ditawarkan.

“Liga Perdana sedang terjerumus ke dalam krisis dan peningkatan hak penyiaran kepada 2.3 bilion euro bermula musim depan tidak akan membantu meningkatkan kualiti mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA