Guardiola dahului pesaing lain buru Gabriel

Guardiola dahului pesaing lain buru Gabriel

LONDON, 22 Julai – Manchester Evening News mendakwa Pep Guardiola mengatasi Manchester United, Real Madrid, Paris St-Germain dan Barcelona untuk mendapatkan bintang muda Brazil, Gabriel Jesus.

Penyerang Palmeiras yang digelar ‘Neymar baharu’ dan City dilaporkan akan membayar kurang daripada RM145 juta berbanding nilai yang dijangka sebelum ini.

Jesus dicadangkan memiliki klausa pembelian RM107 juta dalam kontraknya tetapi ia hanya terpakai kepada kelab-kelab tertentu dan bukan skuad Guardiola.

Rundingan sedang dijalankan dengan ejen dari Brazil, Cristiano Simoes berkenaan kontrak lima tahun untuk membawanya ke Etihad.

Pep Guardiola semasa sesi latihan Manchester City di padang latihan pasukan bola sepak Jerman di Munich, Jerman, semalam. Guardiola mengatasi Manchester United, Real Madrid, Paris St-Germain dan Barcelona untuk mendapatkan bintang muda Brazil, Gabriel Jesus. – AFP

Laporan mengatakan City bersetuju untuk membenarkan Palmeiras menggunakan pemain bintang skuad itu sehingga berakhir kejohanan domestik mereka pada Disember.

Penyerang itu boleh berada dalam senarai panggilan untuk pasukan Brazil kerana dia sudah disenaraikan dalam skuad awal 40 pemain bagi menghadapi Copa America.

Jesus turut digelar sebagai ‘pendatang baharu terbaik’ di liga utama Brazil dan sudah menjaringkan 26 gol dalam 67 penampilan untuk Palmeiras.

City sibuk dalam jendela perpindahan ketika ini dan sudah menandatangani Ilkay Gundogan, Nolito, Aaron Mooy dan Oleksandr Zinchenko. – Agensi