Guardiola enggan ulas ketibaan Arturo Vidal

Guardiola enggan ulas ketibaan Arturo Vidal

GUANGZHOU, 24 Julai – Pengurus Bayern Munich Pep Guardiola semalam enggan mengulas tentang ketibaan pasti Arturo Vidal, pengatur serangan Chile yang telah memenangi Copa America dari Juventus.

Guardiola baru saja menyaksikan pasukannya ditumpaskan 5-4 melalui tendangan penalti oleh jaguh China, Guangzhou Evergrande setelah aksi persahabatan tanpa gol dan pengurus dari Sepanyol ini sebaliknya lebih suka memuji usaha penyerangnya sementara memuji kejayaan jelajah China pra-musim pasukannya.

Sebelum permulaan permainan semalam, CEO Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan dia telah menyetujui perjanjian dengan Vidal, yang menamatkan spekulasi yang mengiringi kelabnya pada jelajah tiga perlawanan.

“Saya boleh mengesahkan wujud perjanjian antara kedua belah pihak (Bayern dan Juventus). Dia masih perlukan perubatan tetapi jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia seharusnya berlatih dengan kami minggu depan,” kata Rummenigge. Perjanjian itu dilaporkan bernilai 35 juta euro.

Namun Guardiola tidak menambah apa-apa. “Tidak ada komen kerana dia belum menandatangani perjanjian,” ujar pengurus itu pada sidang media selepas perlawanan.

Reaksi Guardiola selepas pasukannya tewas kepada Evergrande di Guangzhou, China semalam. - Reuters
Reaksi Guardiola selepas pasukannya tewas kepada Evergrande di Guangzhou, China semalam. – Reuters

“Malam ini perlawanan seronok dan saya begitu berpuas hati dengan keadaan pemain saya selepas jelajah ini,” katanya lagi.

Bayern telah menumpaskan Valencia 4-1 di Beijing Sabtu lalu dan Inter Milan 1-0 di Shanghai Selasa lalu sebelum menerima kekalahan melalui penalti di Guangzhou.

“Pada umumnya, latihan di sini adalah bagus. Di Beijing dan Shanghai ia sangat bagus, tetapi kami tidak mempunyai cukup masa bagi sesi penuh di Guangzhou.

“Kami telah menang dua kali tetapi keputusan tidak begitu menjadi hal. Tidak ada pemain yang cedera, dengan itu sangat bagus bagi kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA