Guardiola gembira City tidak bertemu Bayern

Guardiola gembira City tidak bertemu Bayern

MONCHENGLADBACH, Jerman, 24 Nov – Pep Guardiola mengakui dia berasa gembira pasukan kendaliannya, Manchester City akan menghindarkan pertemuan bersama bekas kelabnya, Bayern Munich dalam perlawanan bagi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

City menempah tempat dalam fasa kalah mati awal pagi tadi dengan hanya mampu seri 1-1 di Borussia Moenchengladbach ketika kedua buah pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Mata itu mengesahkan City akan menamatkan tangga kedua dalam kumpulan mereka dengan berbaki satu perlawanan.

Gladbach sah berada di tangga ketiga, bermakna pasukan yang layak bagi saingan Liga Europa selepas pasukan tercorot Celtic tewas 2-0 di laman sendiri menentang Barcelona, yang memenangi Kumpulan C. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA