Guardiola leg...

Guardiola lega City menang

LONDON, 8 Jan – Manchester City telah mengembalikan senyuman pada wajah Pep Guardiola apabila mereka melangkah ke pusingan keempat Piala FA dengan membelasah West Ham 5-0.

Guardiola menunjukkan perasaan tegang dalam musim tidak konsisten City ini apabila dia berada dalam situasi yang tidak baik dengan wartawan dalam siri temu bual yang ‘panas’.

Warga Sepanyol itu juga terpaksa memberikan penjelasan pada minggu ini selepas menyatakan bahawa dia tidak akan berada lama dalam pengurusan dan seolah-olah mengakui bahawa City bukan sebuah kelab sebesar pesaingnya, Manchester United.

Tetapi wajah pengurus itu kelihatannya kurang bermasalah selepas pasukannya menghancurkan West Ham di Stadium London.

Yaya Toure membuka jaringan City sebelum Havard Nordtveit menjaringkan gol sendiri, dan satu rembatan David Silva bagi jaringan ketiga City sebelum separuh pertama berakhir. – AFP

Persaingan bagi merebut bola antara pemain pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi dengan Andy Carrol dalam aksi Piala FA antara Manchester City dan West Ham United di Stadium London. - AP
Persaingan bagi merebut bola antara pemain pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi dengan Andy Carrol dalam aksi Piala FA antara Manchester City dan West Ham United di Stadium London. – AP