Guardiola mampu ubah City

Guardiola mampu ubah City

LONDON, 6 Jun – Pengurus baru Pep Guardiola adalah aset yang luar biasa untuk mengubah Manchester City, kata pengerusi kelab Liga Perdana itu hari ini.

Guardiola akan tiba di Eastland dengan reputasi cemerlang, di mana telah memenangi Liga Juara-juara bersama Barcelona dan tujuh gelaran dalam masa tiga tahun bersama Bayern Munich, yang pengurus berusia 45 tahun itu tinggalkan pada penghujung musim lepas.

Khaldoon al-Mubarak, pengerusi City sejak kelab itu dibeli oleh kumpulan Abu Dhabi United pada September 2006, tidak tanpa ragu-ragu Guardiola adalah orang yang betul untuk menggantikan Manuel Pellegrini.

“Saya begitu teruja mengenai Pep menyertai pasukan kami,” dia memberitahu City TV, stesen televisyen kelab tersebut.

“Saya menganggap Pep adalah salah seorang pengurus yang terbaik, jika bukan yang terbaik, pada arena sukan bola sepak ketika ini. “Dia adalah pemenang, membuktikan dia pemenang, dia telah memenangi secara profesional dalam setiap pasukan yang dilatihnya, rekodnya di Bayern Munich, rekodnya di Barcelona, bercakap untuk dirinya sendiri.

Perebutan bola di antara kedua-dua belah pasukan. – AFP
Perebutan bola di antara kedua-dua belah pasukan. – AFP

“Trofi-trofi yang telah dimenanginya… setiap kejohanan kelab di luar sana, dari Liga Juara-Juara ke La Liga ke Bundesliga, kepada piala masing-masing…Saya tidak ragu-ragu dia akan mengubah pasukan kami kepada satu peringkat yang baru.”

Mubarak bertemu dengan Guardiola di Abu Dhabi awal minggu ini, meskipun pengurus baru City itu belum secara rasmi memulakan kerja sehinggan bulan depan.

Musim lepas melihat City, yang mengesahkan Guardiola mengambil alih ketika kempen itu, mengakhiri di tangga keempat di bawah pengurus Chile Pellegrini dan menyingkirkan pesaing tempatan Manchester United bagi tempat di saingan Liga Juara-juara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA