Guardiola mula rasai tekanan Dortmund

Guardiola mula rasai tekanan Dortmund

BERLIN, 6 Mac (AFP) – Ketika Bayern Munich mengejar mahkota kejuaraan Bundesliga buat kali keempat berturut-turut, Pep Guardiola mula merasakan tekanan daripada pencabar terdekat, Borussia Dortmund.

Dalam aksi yang dinanti-nantikan membabitkan kedua-dua pasukan, Bayern dan Dormund sekadar menamatkan perlawanan awal pagi tadi dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Namun Bayern masih memiliki kelebihan lima mata berbanding Dortmund ketika Guardiola sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan selepas tewas mengejut 2-1 kepada Mainz, sebelum ini.

Guardiola melihat betapa Dortmund sebagai pencabar perancangannya untuk melihat Bayern memenangi saingan buat kali keempat.

“Setiap perlawanan sekarang seperti aksi final dan kami mahu memenanginya,” kata Guardiola yang berjaya mengesahkan kejuaraan Bundesliga ketika baki saingan masih ada tujuh perlawanan, dua tahun lalu.

Guardiola ketika menyaksikan perlawanan pasukannya yang lalu. Guardiola melihat Dortmund sebagai pencabar perancangannya untuk melihat Bayern memenangi saingan buat kali keempat. – Reuters
Guardiola ketika menyaksikan perlawanan pasukannya yang lalu. Guardiola melihat Dortmund sebagai pencabar perancangannya untuk melihat Bayern memenangi saingan buat kali keempat. – Reuters

“Di babak kedua cukup baik dan kami memiliki peluang untuk jaringkan gol tetapi Dortmund juga pasukan yang kuat sebagai pasukan kedua terbaik Jerman.

“Pada 20 minit pertama, kami berdepan masalah tetapi ia bertambah baik. Sudah pasti kami mahu menang tetapi 0-0 sudah memadai.”

Dalam pada itu, Guardiola juga memerhatikan pemain Joshua Kimmich, 21, yang telah ditukar daripada pemain tengah selepas satu siri kecederaan.

“Saya suka Joshua Kimmich, dia mempunyai keinginan, semangat, dia memberikan perhatian sepenuhnya,” kata Guardiola yang akan membimbing Manchester City musim depan.

“Dengan pemain seperti beliau, anda boleh memenangi segala-galanya.”