Guardiola naf...

Guardiola nafi mahu bersara

MANCHESTER, United Kingdom, 6 Jan – Pengurus Manchester City Pep Guardiola (gambar) pada menafikan dia sudah merancang untuk bersara pada usia 45 tahun selepas mengatakan beliau ‘tiba pada penghujung’ kariernya.

Jurulatih dari Sepanyol itu mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya selepas berkata dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Amerika NBC bahawa dia tidak dapat melihat dirinya masih lagi dalam pengurusan apabila mencapai usia enam puluhan.

Dalam temu bual itu Guardiola berkata: “Saya rasa proses selamat tinggal saya telah pun bermula. Saya sedang tiba pada penghujung menjadi jurulatih. Itu saya pasti.”

Beliau kini mengakui adalah ‘tidak sesuai’ untuk bercakap tentang kehidupan selepas bola sepak dan menegaskan beliau tetap komited untuk City, di mana beliau mempunyai kontrak sehingga 2019 selepas menyertai kelab itu Julai lalu.

“Saya berkata dalam temu bual itu bahawa saya tidak akan menjadi jurulatih apabila saya berusia 60 tahun. Saya baru 45 tahun. Saya tidak akan bersara dalam tempoh dua atau tiga tahun,” katanya.

“Saya suka kerja saya dan saya berada di tempat paling sesuai untuk melakukan kerja saya, terutama di England. Saya tidak akan untuk berlatih pada usia 60 tahun kerana saya mahu melakukan sesuatu yang lain dalam hidup selepas itu.

“Saya mula bermain bola sejak muda lagi dan kerjaya saya di atas padang. Saya mahu melakukan sesuatu yang lain dalam hidup tetapi dalam tiga, empat, lima, enam atau tujuh tahun akan datang. Saya berkata pada usia 60 atau 65, saya tidak akan melatih.

“Mungkin tidak sesuai untuk mengatakan saya mula mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya saya. Mungkin ia tidak sesuai tetapi saya tidak berfikir saya akan bersara.”

Guardiola mempunyai ujian musim pertama di England dengan City duduk di tempat keempat Liga Perdana, tujuh mata di belakang pendahulu Chelsea.

Dia memberikan dua wawancara televisyen janggal selepas kemenangan 2-1 ke atas Burnley Isnin lalu, yang mencadangkan dia mungkin berasa tekanan.

Tetapi dia berkeras mengatakan dia menikmati cabaran membimbing City kerana memburu kejayaan dalam tiga kejohanan termasuk Piala FA, di mana mereka berkunjung ke West Ham untuk aksi pusingan ketiga esok. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA