Guardiola patah hati

Guardiola patah hati

FBL-EUR-C1-BAYERN-MUNICH-ATLETICO-MADRIDMUNICH, 5 Mei (AFP) – Pep Guardiola (gambar) menganggap kehadirannya selama tiga tahun di Bayern Munich sebagai ‘kegagalan’ selepas sekali lagi gagal membawa kelab Bavaria itu beraksi di pentas final Liga Juara Juara.

Bayern ketinggalan perlawanan separuh akhir pertama 1-0 di Sepanyol dan menang 2-1 di Munich tetapi Atletico Madrid mara berdasarkan peraturan gol tempat lawan, awal pagi tadi.

Jaringan solo Antoine Griezmann untuk Atletico memisahkan dua pasukan itu di Allianz Arena yang berkesudahan 2-2 secara agregat. Xabi Alonso dan Robert Lewandowski menyumbat gol untuk Bayern di Munich.

Bayern sekali lagi tersingkir pada separuh akhir kepada Barcelona pada 2015 dan diketepikan oleh Real Madrid pada peringkat sama pada 2014.

Guardiola ditanya kejayaannya di Munich sebagai gagal biarpun meraih lima gelaran piala termasuk dua piala Jerman. “Ya, dari segi apa yang kami menang,” katanya.

“Ia menjadi sasaran saya untuk menjulang final Liga Juara Juara bersama Bayern selepas melakukannya bersama Barcelona (2009 dan 2011).

“Berkemungkinan kami sudah membantu pemain tetapi ia tidak memadai. Bagaimanapun ia perkara penting buat saya.

“Saya mengorbankan hidup saya untuk kelab ini, saya bertarung dan memberikan terbaik. Orang boleh bercakap apa mereka hendak cakap tetapi ia satu penghormatan dapat bekerjsama dengan pemain di sini (Bayern).

Atletico akan berdepan pemenang perlawanan Real Madrid atau Manchester City awal pagi esok – untuk final 28 Mei di Milan.