Guardiola persiap ‘peluru terakhir’

Guardiola persiap ‘peluru terakhir’

BERLIN, 2 Mei (AFP) – Jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola (gambar) tahu dia perlu membuktikan pengkritiknya salah dengan menterbalikkan defisit 1-0 pada perlawanan pertama menentang Atletico Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara–Juara kedua di laman sendiri esok.

Guardiola dan Bayern berusaha untuk menghindarkan kekalahan separuh akhir menentang pasukan dari Sepanyol bagi tahun ketiga berturut–turut setelah tewas dalam perlawanan pertama Rabu lalu di Atletico selepas jaringan solo awal Saul Niguez.

Setelah memenangi 14 gelaran dalam tempoh empat tahun di Barcelona dan enam gelaran setakat tempoh tiga tahun bersama Bayern, Guardiola berharap untuk menamatkan kendaliannya dari Munich dengan menjulang trofi Liga Juara–Juara pada persaingan akhir 28 Mei ini di Milan.

Bayern tersingkir dari separuh akhir Liga Juara–Juara dalam dua tahun berturut-turut dengan kekalahan kepada Real Madrid pada 2014, kemudian kepada Barcelona pada tahun lepas.

pg20_160503_b

Satu lagi penyingkiran di tangan pasukan dari Sepanyol tidak akan berada di kedudukan baik di Bavaria, terutamanya dengan keputusan Guardiola untuk memulakan perlawanan pertama di Madrid dengan bintang dari Jerman, Thomas Mueller, penjaring terbanyak Bayern di Eropah musim ini, yang berada di bangku simpanan.

Keputusan itu menarik banyak kritikan dari media Jerman dan dengan kebenarannya sendiri, perlawanan Munich adalah ‘peluru terakhir’ Guardiola dalam persaingan untuk membuktikan sebarang kritikan adalah salah sebelum dia meninggalkan kelab itu untuk melatih Manchester City musim depan.

“Saya telah membaca dalam akhbar Jerman bahawa tugasan saya di Munich hanya akan berharga, dan tugasan saya dikira selesai, jika saya memenangi Liga Juara–Juara. Ia adalah bagaimana ia seharusnya dilihat,” Guardiola memberitahu wartawan selepas Bayern mengetepikan Benfica pada suku akhir.

ARTIKEL YANG SAMA