Guardiola puji Lewandowski

Guardiola puji Lewandowski

BERLIN, 10 Feb – Lupakan Lionel Messi, Andrea Iniesta, Philipp Lahm atau Manuel Neuer, sebaliknya jurulatih terkemuka, Pep Guardiola menyifatkan penyerang Poland, Robert Lewandowski adalah pemain paling profesional yang pernah bekerjasama dengan beliau.

Guardiola membantu membangunkan kerjaya pemain terbaik dunia empat kali, Messi dan Iniesta, yang menjaringkan gol kemenangan ketika membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010 sepanjang empat tahun membimbing Barcelona.

Sejak melatih Bayern Munich pada 2013, Guardiola menukar posisi Lahm, yang menjadi kapten ketika Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 daripada pertahanan kiri kepada bahagian tengah dan menyifatkannya pemain paling bijak.

“Dalam kepalanya, dia hanya memikirkan mengenai makanan yang betul, tidur dan latihan, 24 jam sehari. Dia sentiasa dalam pasukan, tidak pernah alami kecederaan kerana dia fokus mengenai perkara itu.

“Dia tahu apa yang paling penting untuk berada pada tahap prestasi terbaik,” katanya. Lewandowski mempunyai baki kontrak bersama Bayern sehingga 2019, tetapi dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City yang menyaksikan Guardiola akan menjadi jurulatih musim depan selain Real Madrid.

Berdasarkan pengalaman Guardiola (kanan), Lewandowski (kiri) adalah pemain yang paling profesional. – AFP
Berdasarkan pengalaman Guardiola (kanan), Lewandowski (kiri) adalah pemain yang paling profesional. – AFP

Ada spekulasi mengatakan Lewandowski akan mengikut Guardiola yang sudah memenangi 19 gelaran juara sebagai jurulatih Barcelona dan Bayern. Sementara itu, beliau berkata, Neuer adalah penjaga gol terbaik yang pernah dilatihnya.

Lewandowski mempunyai kontrak di Bayern sehingga 2019, tetapi telah dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka termasuk Real Madrid dan Manchester City yang akan menjadi persinggahan kerjaya Guardiola yang seterusnya.

Kapten Poland itu telah menjaringkan 19 gol dalam 19 perlawanan liga dan 29 gol dalam semua pertandingan untuk kelab gergasi Bavaria.

Beliau menjaringkan lima gol dalam sembilan minit yang menakjubkan ketika menentang Wolfsburg September lalu sekali gus mencatatkan empat rekod Bundesliga. Tetapi Guardiola mengakui bukan mudah untuk pemain berbisa Poland itu untuk menyesuaikan diri ketika dia mula-mula datang ke dalam skuad bertaraf bintang Bayern pada 2014 selepas meninggalkan Dortmund. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA