Guardiola rai gelaran Bundesliga

Guardiola rai gelaran Bundesliga

BERLIN, 15 Mei (AP) – Pep Guardiola diraikan ketika sambutan gelaran Bundesliga selepas perlawanan terakhirnya di laman sendiri sebagai jurulatih Bayern Munich, semalam.

Bayern, yang sudah mengesahkan gelaran keempat berturut-turut, menamatkannya dengan menewaskan pasukan yang sudah tersingkir Hannover 96, 3-1 untuk kemenangan ke-28 daripada 34 perlawanan.

Selepas menjulang trofi di hadapan 75,000 peminat, pemain Bayern bermandikan bir dan Xabi Alonso meraikan sambutan itu termasuklah menuangkannya kepada Guardiola.

“Ia memang sejuk, amat sejuk…dan ia berbau,” kata Guardiola.

Sambutan itu dihentikan kerana peminat menyerbu masuk – Guardiola dan pemain terus memasuki bilik persalinan dan dikawal oleh pihak keselamatan stadium.

Guardiola menerima hadiah perpisahan sebelum perlawanan bola sepak Jerman Bundesliga antara FC Bayern Munich dan Hanover 96 di Allianz Arena, Munich, semalam - AP
Guardiola menerima hadiah perpisahan sebelum perlawanan bola sepak Jerman Bundesliga antara FC Bayern Munich dan Hanover 96 di Allianz Arena, Munich, semalam – AP

“Agak kasihan kerana kami mahu berada di situ dan mengadakan sambutan lebih lama,” kata Guardiola yang masih menyifatkannya sebagai ‘hari yang indah’.

Sebelum perlawanan, Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana menyelamatkan gelaran itu sepanjang tiga musim bertugas.

“Kita mempunyai masa yang hebat bersama-sama. Kami mempunyai tiga tahun yang cemerlang bersama anda, kamu sentiasa memberikan tekanan, dan tekanan kepada pasukan,” kata Rummenigge yang menggambarkan Guardiola sebagai ‘duta hebat’ buat kelab itu dan Bundesliga secara keseluruhan.

ARTIKEL YANG SAMA