Guardiola tidak mahu dianggap pengurus gagal

Guardiola tidak mahu dianggap pengurus gagal

MUNICH, 23 Feb (Reuters) – Jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola komited untuk menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ketiga tetapi tidak mahu dinilai sebagai gagal jika dia meninggalkan kelab gergasi Jerman itu hujung musim ini tanpa trofi berprestij Eropah itu.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berdepan tugas mencabar apabila dia membawa skuad kendaliannya yang diselubungi masalah kecederaan pemain berdepan Juventus dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik di Turin, awal pagi ini.

Ditanya sama ada dia akan dianggap gagal jika dia menamatkan tiga musim bersama Bayern tanpa gelaran Liga Juara-Juara, Guardiola yang akan membimbing Manchester City, musim depan berkata kehidupannya bukan sekadar bola sepak saja.

Guardiola dan Xabi Alonso semasa mengadakan latihan sebelum perlawanan UEFA Champions League menentang Juventus. Guardiola akan komited untuk menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ketiga dan tidak mahu dinilai sebagai gagal dalam menguruskan pasukannya. - Reuters
Guardiola dan Xabi Alonso semasa mengadakan latihan sebelum perlawanan UEFA Champions League menentang Juventus. Guardiola akan komited untuk menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ketiga dan tidak mahu dinilai sebagai gagal dalam menguruskan pasukannya. – Reuters

“Sesiapa yang menilai saya hanya untuk Liga Juara-Juara tidak sedar kehidupan saya bukan bergantung kepada itu saja. Saya mahu memenangi gelaran Liga Juara-Juara tetapi saya menemui budaya baru (di Munich) dan objektif saya sudah dicapai.

“Di Barcelona, saya memenangi semuanya dan memenanginya sekali lagi. Saya mahu mencuba pengalaman baru, dan saya akan mengubahnya sekali lagi,” katanya.