Guardiola ucap selamat tinggal

Guardiola ucap selamat tinggal

MUNICH, 23 Mei (dpa) – Jurulatih Bayern Munich Pep Guardiola mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong kelab tersebut apabila pasukan itu sekali lagi membuat kemunculan pada balkoni dewan bandar Munich kelmarin berikutan kemenangan Piala Jerman mereka melalui sepakan penalti ke atas Borussia Dortmund.

“Ia sesuatu masa yang menarik ketika berada di sini. Berbanyak-banyak terima kasih,” kata Guardiola sebelum beberapa 10,000 penyokong yang berkumpul untuk meraikan kemenangan liga dan piala.

Guardiola akan beralih ke kelab Manchester City selepas tiga musim bersama Bayern, yang seterusnya akan dipimpin oleh Carlo Ancelotti musim depan.

Ia sambutan biasa bagi pemain-pemain Bayern, yang kembali ke dewan bandar itu selepas memenangi gelaran Bundesliga kali keempat berturut-turut.

Ketika ini mereka boleh mewakili kedua-dua piala kejohanan dan liga berikutan kemenangan 4-3 mereka dalam sepakan penalti di Berlin menentang Dortmund selepas perlawanan masa sebenar berakhir tanpa jaringan, dengan Guardiola menjadi fokus perhatian.

Pep Guardiola berada di atas balkoni dewan bandar Munich bagi penampilan terakhirnya bersama kelab tersebut. – AP
Pep Guardiola berada di atas balkoni dewan bandar Munich bagi penampilan terakhirnya bersama kelab tersebut. – AP

Jurulatih warga Sepanyol itu sekali lagi minta maaf atas kegagalan untuk memenangi Liga Juara-juara bersama Bayern, namun dia meninggalkan kelab itu dengan memenangi tujuh trofi: tiga gelaran liga, dua kemenangan kejohanan piala, Piala Kelab Dunia, dan Piala Super UEFA.

“Saya rindu bekerja dengan pemain-pemain ini setiap hari. Mereka begitu luar biasa,” Guardiola berkata selepas kemenangan perlawanan akhir piala di Berlin.

“Ia satu pengalaman hebat buat saya dan kehidupan di Munich begitu seronok. Begitu juga Bundesliga: stadium sering penuh, para penyokong begitu hormat. Semuanya sangat baik. Saya doakan Bayern akan sentiasa maju jaya dalam tahun-tahun mendatang.”

Kapten pasukan, Phillip Lahm telah menolak keistimewaan kapten pasukan untuk mengangkat piala ke langit Munich, sebaliknya memberikan keistimewaan itu kepada Guardiola.

“Saya berasa ia satu yang wajar. Jurulatih itu telah membuat banyak perkara untuk pasukan dan kelab. Beliau berhak akan piala itu,” katanya.