Guardiola umum masa depan sebelum Hari Krismas

Guardiola umum masa depan sebelum Hari Krismas

Bayern Munich v SV Darmstadt - German CupBERLIN, 16 Dis (AFP) – Kelab ternama England akan memberi lebih perhatian pada festival Bavaria musim ini selepas jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola (gambar), bakal mengumumkan perancangan masa depannya sebelum Krismas ini.

Guardiola, 44 tahun, sudah tiga musim mengendali Bayern dengan kontraknya bakal tamat musim ini, namun dia akan mengumumkan keputusan untuk kekal atau meninggalkan pasukan itu sebelum 25 Disember depan.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, sudah bersedia menawarkan sambungan kontrak untuk Guardiola bagi membolehkan dia terus menjadi pengurus pasukan itu sambil menyifatkan ‘banyak sebab yang baik untuk terus kekal bersama Bayern’.

Kapten pasukan, Phillip Lahm turut menyatakan rakan sepasukannya juga mahu jurulatih itu terus kekal bersama pasukan terbabit.

“Pasukan mempunyai satu hasrat yang sama, kami gembira bekerja dengan Guardiola dan kami mahu terus bersama dengannya,” katanya.

Pemain antarabangsa Sepanyol, Xabi Alonso juga dilaporkan turut mahu melanjutkan kontraknya yang bakal tamat Jun ini jika Guardiola kekal bersama Bayern untuk musim depan.

Guardiola kini dilihat kian tertekan dengan pelbagai spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan beberapa kelab lain, termasuk spekulasi dia bakal membimbing pasukan bola sepak England.

Pasukan Pep Guardiola selain Bundesliga, juga menjadi pilihan utama kejohanan Piala jerman selepas mengecewakan juara bertahan, Wolfsburg, pada perlawanan sebelum ini.

Jaringan melalui voli cantik Xabi Alonso membantu Bayern Munich mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Jerman selepas menewaskan Darmstadt 1-0, semalam.

Bayern berpeluang mendahului dengan dua gol, namun tandukan Robert Lewandowski sekadar terkena tiang sebelum tamat separuh masa pertama.

ARTIKEL YANG SAMA