Guarin lonjak Inter

Guarin lonjak Inter

MILAN, 14 Sept (AFP) – Fredy Guarin meletakkan Inter Milan dengan kelebihan dua mata di tangga teratas Serie A setelah mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas AC Milan, di mana Mario Balotelli membuat kemunculan keduanya semalam.

Setelah gagal untuk layak ke pentas Eropah musim ini, kedua-dua gergasi Milan itu terdesak untuk menebus kehambaran beberapa tahun – dan dengan persembahan sekarang akan meningkatkan peluang mereka untuk selesai di kedudukan teratas, terutamanya dengan kesukaran awal musim yang dihadapi Juventus.

Inter sekarang mencatatkan kelebihan dua mata di depan Chievo dengan sembilan mata walaupun Roma, juga mencatatkan tujuh mata, adalah pencabar terdekat Nerazzurri. Juara Juventus, dengan dua kekalahan dan sekali seri setakat ini, menduduki tangga ke-16, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu ketika melalui permulaan sukar musim ini.

“Milan bermula dengan baik. Mereka memberikan kami kesukaran tetapi tidak mencukupi,” kata jurulatih Inter, Roberto Mancini. “Pada akhirnya, kami layak memenangi perlawanan tetapi Milan adalah pasukan yang bagus dan mereka bergelut untuk selesai di tangga teratas. Begitu juga dengan Juventus.

Fredy Guarin menjaringkan gol semasa menentang AC Milan di San Siro semalam. – Reuters
Fredy Guarin menjaringkan gol semasa menentang AC Milan di San Siro semalam. – Reuters

“Itulah keindahan bola sepak. Juventus belum mencatatkan tiga kemenangan tetapi saya pasti mereka akan kembali menjadi protagonis.”

Jurulatih Milan, Sinisa Mihajlovic, yang hanya memuji pasukannya tetapi menyaksikan kegagalan mereka untuk menyamakan kedudukan berkata: “Kami tidak layak untuk kalah. Kami bermain dengan baik, cuba untuk menang dan kami hanya kekurangan jaringan,” kata Mihajlovic.

“Saya merasa gembira, berbangga dan pasukan juga boleh berbangga. Dengan beraksi seperti ini kami boleh mula melihat bagaimana kami beraksi dengan baik dalam liga.”

ARTIKEL YANG SAMA