Guatemala sahkan 105 kes Zika

Guatemala sahkan 105 kes Zika

GUATEMALA, 31 Jan – Pihak berkuasa kesihatan Guatemala hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya 105 orang telah dijangkiti virus Zika, yang boleh menyebabkan kerosakan otak pada anak damit baru lahir.

Pegawai Epidemioligis Kementerian Kesihatan, Judith Garcia memberitahu akhbar Prensa Libre bahawa 105 kes Zika itu yang membawa kepada semua 200 suspek dengan 68 kes adalah dari tahun 2015.

Bagi setiap kes yang disahkan, Garcia berkata kemungkinan tiga lagi pesakit tidak tampil untuk rawatan dan percaya jumlah kes jangkitan Zika lebih besar.

“Cuaca panas di Guatemala menjadi faktor mudahnya virus ini,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) awal minggu lalu memberi amaran virus Zika merebak dengan pantas di benua Amerika Latin, dengan lebih tiga hingga empat juta kes dijangkakan tahun ini.

Satu poster kempen kerajaan mengenai gejala virus Zika dilihat di dinding manakala seorang doktor melakukan pemeriksaan terhadap seorang wanita yang hamil, termasuk pemeriksaan virus Zika, di wad bersalin Hospital Bandar Raya Guatemala, Guatemala. – Reuters

Negara paling teruk dilanda Zika ialah Brazil, dengan lebih 1.5 juta kes direkodkan sejak April tahun lalu. Colombia semalam mengumumkan negara itu mempunyai 20,297 kes jangkitan Zika, termasuk 2,116 orang membabitkan ibu mengandung. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA