Gubahan pokok batai laut tambah seri kediaman

MENCIPTA kelainan pada ruang dengan menjadikan pelbagai tumbuhan di sekeliling anda sebagai penyeri dekorasi bukan lagi sesuatu yang pelik.

Kreativiti dan inspirasi idea luar biasa ada kalanya lebih menjimatkan.

Mungkin anda boleh menggunakan tumbuh-tumbuhan tempatan sebagai elemen utama gubahan.

Gubahan kreatif pokok batai laut mampu untuk menyerikan sudut atau ruang utama kediaman.

Penggunaan pokok batai laut umpamanya sudah tentu mengubah sudut atau ruang untuk tampil lebih ceria berbanding sebelumnya.

Berikut idea mengindahkan sudut atau ruang kediaman dengan gubahan berasaskan bunga batai laut.

Anda hanya perlu menyediakan kelengkapan gubahan iaitu balang kaca, pita pelekat, bunga batai laut, pokok duit-duit, gunting kecil dan gunting bunga.