Gucci mohon maaf ‘tidak sensitif’

Gucci mohon maaf ‘tidak sensitif’

HONG KONG, 6 Mei (AP) – Gucci dan syarikat induknya memohon maaf hari ini selepas menerima kritikan besar dalam pemberian amarannya kepada beberapa kedai di Hong Kong (HK) untuk tidak menjual sajian persembahan kertas untuk si mati yang menyerupai produk-produk mewah dari pelbagai jenama fesyen.

Jenama dan pemilik yang berpangkalan di Paris itu, Kering, juga berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka menyesali atas sebarang salah faham yang disebabkan oleh surat tersebut, yang telah dihantar ke enam buah kedai pada bulan lalu.

Selepas mengadakan mesyuarat dengan pemilik kedai, “Kering dan Gucci ingin menegaskan sekali lagi bahawa rasa hormat mereka berkaitan dengan konteks pengebumian,” menurut kenyataan itu.

Pelbagai jenis sajian pembakaran kertas, salinan barangan mewah seperti kereta, beg tangan dan kasut biasanya dibakar untuk menenangkan roh-roh si mati, dilihat dijual di sebuah kedai di Hong Kong, kelmarin. – AP
Pelbagai jenis sajian pembakaran kertas, salinan barangan mewah seperti kereta, beg tangan dan kasut biasanya dibakar untuk menenangkan roh-roh si mati, dilihat dijual di sebuah kedai di Hong Kong, kelmarin. – AP

Di Hong Kong dan beberapa bahagian lain di Asia, orang yang membakar sajian persembahan kertas semasa pengebumian dan semasa perayaan untuk saudara-mara si mati dipercayai akan ‘digunakan’ untuk di akhirat nanti.

Gucci beroperasi 11 butik di Hong Kong dan merupakan salah satu jenama yang paling diidamkan oleh pembeli, termasuk kebanyakkan pelawat dari tanah besar China, di mana barang-barang mewah adalah lebih mahal kerana cukai yang lebih tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA