Guerrero muncul wira Peru

Guerrero muncul wira Peru

SEATTLE, 5 Jun – Penyerang Peru, Paolo Guerrero mengatasi rekod penjaring terbanyak negara itu, Teofilo Cubillas, apabila tandukan layangnya berjaya membantu pasukan berkenaan menewaskan Haiti 1-0 dalam aksi Copa America, sebentar tadi.

Guerrero yang juga penjaring terbanyak dalam kejohanan itu pada edisi 2011 dan 2015 meledak gol

pada minit ke-61 bagi menundukkan Haiti.

Penyerang berusia 32 tahun itu yang beraksi bersama kelab Brazil, Flamengo menanduk masuk hantaran lintang Edison Flores bagi membolehkan Peru membuka tirai saingan Kumpulan B dengan tiga mata hasil kemenangan di Seattle CenturyLink Field.

Perebutan bola di antara kedua-dua belah pasukan. – AFP
Perebutan bola di antara kedua-dua belah pasukan. – AFP

pg22_160606_a

Peru sememangnya berhak dengan kemenangan itu apabila menyaksikan mereka lebih banyak mencipta peluang tetapi bergelut untuk mengatasi kekebalan benteng pertahanan Haiti.

Haiti akan berdepan Brazil untuk aksi kedua, awal pagi Khamis ini manakala Peru menentang musuh tradisi mereka, Eduador. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA