Gulen kritik sistem penghakiman Turki

Gulen kritik sistem penghakiman Turki

WASHINGTON, 5 Ogos – Ulama berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen mengutuk sistem kehakiman Turki selepas mahkamah itu mengeluarkan waran tangkap yang menuduh beliau mengarahkan rampasan kuasa bulan lepas untuk menjatuhkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Ia telah didokumenkan bahawa sistem mahkamah Turki dijalankan tanpa pertahanan perundangan, jadi waran ini adalah satu lagi contoh yang membawa Presiden Erdogan untuk autoritarian dan jauh daripada demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

Waran tangkap yang dikeluarkan pada awal hari ini, menuduh Gulen daripada “mengarahkan rampasan kuasa 15 Julai,” lapor agensi berita Anadolu.

Gulen amat menafikan sebarang penglibatan dalam cubaan pem-berontakan dan pergerakan yang diketuai oleh beliau.

Turki melabel pergerakan Gulen yang mengendalikan badan kebajikan, sekolah dan perniagaan di seluruh dunia sebagai organisasi pengganas dan melancarkan tindakan keras meluas ke atas anggota disyaki membelot sejak insiden itu.

Sejak cubaan penggulingan, hampir 70,000 orang digantung kerja atau dipecat dalam perkhidmatan awam, kehakiman, pendidikan, penjagaan kesihatan, tentera dan media manakala 18,000 lagi ditahan, kebanyakannya askar kerana disyaki terbabit.

Terdahulu hari ini, Erdogan berikrar untuk menumpaskan rangkaian perniagaan dikaitkan dengan pergerakan Gulen

“Pengeluaran waran tangkap daripada mahkamah Turki tidak mengubah apa-apa tentang status saya atau pandangan saya,” kata Gulen.

“Saya telah berkali-kali mengutuk percubaan rampasan kuasa di Turki dan menafikan sebarang pengetahuan atau penglibatan.” – AFP