Gulf Air kurangkan kerugian 60 peratus

Gulf Air kurangkan kerugian 60 peratus

DUBAI, 9 Jun – Peneraju Gulf Air Bahrain berkata semalam ia akan mengurangkan kerugian sebanyak 62 peratus pada tahun lepas hasil daripada penyusunan semula syarikat itu.

Kerugiannya jatuh dari AS$166.29 juta dalam tahun 2014 kepada AS$63.92 juta tahun lepas, menurut Gulf Air dalam satu kenyataan.

“Saya gembira dengan keputusan ini. 2015 memberikan hasil strategi perniagaan holistik yang berterusan bagi Gulf Air, sejak pelaksanaan penyusunan semula syarikat penerbangan itu pada tahun 2013,” kata pengerusi syarikat penerbangan itu, Shaikh Khalid bin Abdulla Al-Khalifa.

Kerugian Gulf Air berjumlah AS$519.8 juta pada tahun 2013.

Syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan kepada lebih 40 destinasi dengan 28 armada.

Gulf Air telah ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai suatu perkongsian Bahrain Dengan Abu Dhabi, Oman dan Qatar. Pada awal 1990-an, ia telah menjadi syarikat penerbangan Timur Tengah yang terbesar.

Walau bagaimanapun, pada pertengahan 1990-an, ia mula dilanda masalah disebabkan kegawatan ekonomi di rantau dan persaingan daripada syarikat penerbangan pengeluar minyak baru.

Syarikat itu telah memecat 15 peratus daripada kakitangan pada tahun 2013. – AFP