Guliyez punah impian Niekerk

LONDON, 11 Ogos – Ramli Guliyev warga Turki kelahiran Azeri menjejaskan usaha Wayde van Niekerk bagi dua kejayaan berganda yang pertama dalam 200/400m bagi tempoh 22 tahun apabila dia menewaskan pelari Afrika Selatan dalam merebut gelaran dunia 200m semalam.

Guliyev, yang mendapatkan kerakyatan Turki pada 2011 dan dibenarkan untuk bersaing untuk negara itu dua tahun lalu, mencatatkan masa 20.09 saat untuk memberikan Turki pingat emas dunia yang pertama.

Ia juga pertama kali atlet lelaki Turki memenangi pingat.

Van Niekerk, dengan hanya ketinggalan dua saat, menambah pingat perak ke dalam pingat emas 400m yang dimenanginya pada Selasa lalu, tidak dapat mengejar Guliyev dalam penyudah yang kukuh melepasi garisan penamat.

Jereem Richards dari Trinindad and Tobago memenangi pingat gangsa dalam penyudah menerusi gambar pelari dari Afrika Selatan.

Pemenang pingat emas 200m, Ramil Guliyev (tengah) bersama pemenang pingat perak, Wayde Van Niekerk (kanan) dan Jereem Richards, menyandang pingat gangsa selepas final 200m lelaki di Kejuaraan Dunia, Stadium London. - AFP
Pemenang pingat emas 200m, Ramil Guliyev (tengah) bersama pemenang pingat perak, Wayde Van Niekerk (kanan) dan Jereem Richards, menyandang pingat gangsa selepas final 200m lelaki di Kejuaraan Dunia, Stadium London. – AFP

“Ia bukan satu kejutan,” tegas Guliyev, 27, yang memegang bendera Azeri dan Turki.

“Saya mahu menang dan tahun ini saya rasa ia adalah satu kemungkinan dan saya berjaya. Saya percaya terhadap diri sendiri.”

Gulyev menambah: “Kedudukan begitu sukar. Apabila anda berlumba, anda perlu melakukan tugas anda. Anda berlari pada kelajuan maksimum anda.

“Fikiran pertama saya (selepas melepasi garisan penamat) adakah saya yang pertama, kedua atau ketiga!” kerana apabila anda berlari pada kelajuan maksimum, anda hanya melihat ke depan, bukan ke kiri atau kanan.”

Terdapat beberapa ejekan dari sebahagian penonton di Stadium London ketika Guliyev menamatkan di garisan penamat di depan Van Niekerk, beribu orang dengan segera berdiri dan keluar berbanding meraikan kemenangan itu, yang menjejaskan usaha pelari dari Afrika Selatan itu untuk menyamai rekod Michael Johnson, legenda trek AS yang memenangi dua kemenangan pada perlumbaan dunia Gothenburg 1995 dan mengulanginya setahun kemudian di Olimpik Atlanta. – AFP