Gumpalan air ditemui di bulan Europa Musytari

Gumpalan air ditemui di bulan Europa Musytari

MIAMI, 27 Sept – Lebih banyak bukti gumpalan air yang keluar daripada permukaan bulan sejuk Europa, Musytari yang telahpun ditemui menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble NASA, kata agensi angkasa lepas AS semalam.

Europa, salah satu daripada 50 bulan yang mengelilingi planet gas besar itu, dianggap oleh NASA sebagai “calon teratas” untuk kehidupan di tempat lain dalam sistem solar disebabkan ia dipercayai memiliki lautan separa permukaan yang masin yang mempunyai saiz dua kali lebih besar daripada Bumi.

Hasil dapatan terbaru telah memberikan ahli sains harapan baru bahawa kapal angkasa lepas seperti robot itu mungkin terbang melepasi gumpalan itu pada satu hari nanti dan mempelajari mengenai isi kandungan mereka tanpa menggerudi beberapa batu ke dalam rangka bulan yang dilitupi ais itu.

“Hari ini, kami sedang mengemukakan bukti baru Hubble untuk gumpalan wap air yang sedang keluar daripada permukaan ais Europa,” beritahu William Sparks, ahli astronomi dengan Institut Sains Teleskop Angkasa Lepas di Baltimore kepada wartawan pada satu persidangan.

Gambar fail 26 Januari 2014 yang disediakan oleh NASA menunjukkan gambar terdapatnya gumpalan air keluar dari kutub selatan bulan Europa, Musytari. – AP
Gambar fail 26 Januari 2014 yang disediakan oleh NASA menunjukkan gambar terdapatnya gumpalan air keluar dari kutub selatan bulan Europa, Musytari. – AP

Menggunakan imej ultraungu yang diambil oleh Hubble, teleskop angkasa lepas yang dilancarkan pada 1990, gumpalan berpotensi itu dilihat di sekeliling selatan Europa dan kelihatan seperti “jari hitam atau tompok penyerapan,” kata Sparks.

Mereka ditemui sebanyak tiga kali dalam tempoh 15 bulan pada 2014 apabila ahli sains yang memerhati Europa melaluinya di depan Musytari. Gumpulan itu hanya diperhati tiga daripada 10 kali apabila Europa melalui Musytari, mencadangkan letusan adalah sekejap-sekejap, kata beliau. Mereka juga nampaknya muncul berhampiran tempat yang sama, kebanyakannya di sepanjang pinggir selatan Europa, di mana sekumpulan ahli sains sebelumnya pada 2012, menggunakan alat berlainan di Hubble – mengesan bukti wap air mencecah lebih daripada 100 batu ke angkasa lepas.

“Jika gumpalan wujud, ia merupakan satu penemuan menarik disebabkan ia berpotensi memberikan kemasukan lebih mudah ke lautan di bawah,” kata Sparks. Bagaimanapun, beliau mengingatkan lebih banyak bukti diperlukan bagi ahli sains untuk memastikannya, sama ada berdasarkan lebih banyak pemerhatian Hubble, atau berdasarkan beberapa teknik pengawasan bebas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA