Guna computer lebih diminati

Guna computer lebih diminati

WASHINGTON, 8 Julai (AFP) – Telefon pintar mungkin sangat popular berada di tangan setiap orang, tetapi kebanyakan warga Amerika tidak menggunakan telefon pintar dan kembali menggunakan komputer yang dipercayai apabila membuat pembelian secara online.

Ini adalah hasil dari dapatan kajian Gallup yang dikeluarkan kelmarin yang mengatakan 74 peratus orang dewasa di AS yang mempunyai telefon pintar menggunakan komputer mereka untuk melakukan pembelian di internet.

Situasi itu serupa dengan penyemakan produk secara online atau membandingkan harga: 62 peratus melakukannya menggunakan komputer, sementara hanya 21 peratus sahaja menggunakan telefon pintar mereka.

Di antara enam aktiviti online Gallup kaji, penggunakan media sosial seperti Facebook atau Twitter adalah satu-satunya aktiviti yang warga Amerika gunakan menggunakan telefon pintar (44 peratus) berbanding komputer (24 peratus).

Kajian tersebut dijalankan melalui internet pada bulan April hingga Mei dengan 15,776 warga dewasa AS yang mengatakan mereka mempunyai telefon pintar.

ARTIKEL YANG SAMA