Guna dron pantau pendatang

Guna dron pantau pendatang

HELSINKI, 2 Feb – Finland merancang melakukan ujian dron sepanjang sempadan dengan Russia, kata pegawainya semalam susulan peningkatan bilangan pendatang yang merentasi sempadan utara di Schengen, zon bebas pasport Kesatuan Eropah (EU).

Pengawal sempadan Finland, Mejar Jussi Napola, enggan mendedahkan mengapa negaranya mahu melakukan ujian dron di sempadan sepanjang 1,340 kilometer, ketika negara itu berdepan isu kemasukan pendatang menerusi jalan darat.

Hujung bulan lalu, Finland mengkritik negara jiran timurnya dan bekas pemimpinnya kerana membenarkan peningkatan bilangan pencari suaka dari Asia Barat dan Afrika merentasi sempadan Artik mereka.

Susulan mesyuarat peringkat menteri, negara terbabit bersetuju meningkatkan kerjasama di sempadan.

Menurut pengawal sempadan Finland, sekurang-kurangnya 500 pencari suaka tiba dari Russia tahun ini, berbanding kira-kira 700 sepanjang tahun 2015.

“Rancangannya ialah menguji sistem kawalan udara tanpa pemandu dalam operasi yang digunakan di sempadan Russia dan kawasan pantai. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA