Guna iNEIS kesan ketidakhadiran pelajar

Guna iNEIS kesan ketidakhadiran pelajar

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 18 Mei – Dengan menggunakan Sistem Informasi Pendidikan Kebangsaan Berintegrasi (iNEIS) telah mendapati kekerapan tidak hadir ke sekolah dalam kalangan para pelajar adalah mereka yang tinggal di kawasan Skim Rancangan Perpindahan Negara (RPN).

Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Haji Abdul Rahim bin Derus berkata, kes tersebut berlaku di semua daerah.

“Sekolah yang terletak di kawasan Skim RPN telah menampakkan ketinggian jumlah kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah dan data tersebut diperoleh melalui penggunaan sistem iNEIS bagi laporan semasa penggal pertama persekolahan tahun ini,” katanya dalam temu bual bersama Media Permata sejurus selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Perjumpaan Mengenai Inisiatif Pendidikan Rendah Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Belait hari ini.

Taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Qiyadah dekat sini dihadiri oleh Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung Daerah Belait.

Hadir sama ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Shafiee  bin Ahmad dan Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin.
Hadir sama ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Shafiee bin Ahmad dan Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin.

Sistem iNEIS telah mula digunakan pada awal bulan Januari ini, bagi pemantauan langsung kehadiran pelajar.Melalui penggunaan sistem tersebut integriti dan kuantiti data kehadiran kelas pelajar dari awal tahun boleh disediakan dengan segera dan tepat serta dengan analisa terperinci untuk kegunaan semua pihak yang berkepentingan.

Penggunaan sistem itu juga akan dapat memberi rangsangan ke arah memastikan kehadiran penuh pelajar ke sekolah dan pada masa yang sama menjadikan penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib yang lebih berkesan.

Terdahulu, dalam taklimatnya beliau menjelaskan, peningkatan ketidakhadiran ke sekolah adalah daripada awal bulan hingga Mac tahun ini sehingga menjangkau kepada lebih 7,000 orang, manakala hari terakhir penggal pertama persekolahan mencecah kepada 10,000 orang, dan ketidakhadiran mengikut umur pelajar adalah antara usia 13 hingga 16 tahun, dan beliau menekan kan statistik berkenaan amatlah membimbangkan.

Sementara itu Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Zaman bin Haji Gapar dalam taklimatnya  mengenai sasaran dan pencapaian pendidikan menjelaskan bahawa pencapaian PSR tahun 2002 hingga 2012 adalah mendatar dalam lingkungan 85 peratus bagi Gred A hingga D, sementara dalam tahun 2014 ianya menurun kepada 70 peratus.

“Jika dilihat dari segi wawasan negara yang mensasarkan untuk melahirkan rakyat yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi dan berjaya, dari segi pencapaian 85 peratus A hingga D dalam PSR, sementara pencapaian dalam O Level ke atas dalam lingkungan 30 peratus, dan dilihat lagi dari segi peratus pelajar yang berjaya memasuki pendidikan tinggi, berbanding negara-negara lain di rantau Asia yang telah mencapai lebih 30 peratus, dan bagi negara kita hanya dalam lingkungan 18 peratus,” katanya.

Beliau menambah kata, jika persekolahan pra sampai ke tingkatan Enam hanya 18 peratus yang berjaya ke menara gading, atau institusi pengajian tinggi“ dengan hasrat wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi nampaknya sangat jauh”.

Sehubungan itu, katanya, berdasarkan pencapaian mendatar itu, pada tahun 2014 Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif 46 hari untuk mendorong pencapaian memberangsangkan para pelajar PSR tahun depan.

Taklimat mengenai Akta Pendidikan Wajib 2007 disampaikan oleh Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Haji Abd Rahim bin Haji Derus, manakala taklimat Inisiatif Pendidikan Rendah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah Jabatan Sekolah-Sekolah Awang Zaman bin Haji Gapar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Daerah Belait lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA