Guna kad kredit palsu, lelaki M’sia dipenjara 7 tahun

Guna kad kredit palsu, lelaki M’sia dipenjara 7 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman tujuh tahun empat bulan penjara oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, selepas didapati bersalah kerana memiliki dan menggunakan kad kredit palsu.

Tey Tee Yen, 22, disabit atas enam pertuduhan memiliki kad kredit palsu dan satu tuduhan menipu menggunakan salah satu daripada kad palsu itu untuk membeli minyak wangi berharga $2,882 dari The Mall, Gadong pada 27 Ogos 2015.

Dalam rayuan terdahulu, tertuduh memberitahu mahkamah, dia tidak mengetahui kad itu adalah palsu dan itu kali pertama dia menggunakannya.

Dia mendakwa diberi kad kredit dan tiket penerbangan untuk pergi ke Brunei untuk membeli beberapa barangan dari kedai-kedai tertentu.

Tertuduh bagaimanapun diberkas selepas beberapa kali percubaan untuk menggunakan kad kredit tersebut.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin memerintahkan hukuman tertuduh bermula 23 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA