Guna media sosial berniaga makanan

Guna media sosial berniaga makanan

SANDAKAN, 23 Mac (Bernama) – Nurul Shameera Ardi, 19, seorang pelajar universiti awam memperoleh manfaat apabila menggunakan media sosial Facebook untuk berniaga makanan.

Beliau telah memberitahu Bernama beliau menggunakan ‘Food Delivery in Sandakan’ untuk menjual makanan tengah hari dan mampu memperoleh pendapatan RM100 sehari.

Turut menggunakan media sosial untuk berniaga ialah Niena Shareena Kamal, 25, yang menjual nasi ayam penyet juga menerusi Food Delivery in Sandakan.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah klinik swasta berkata walaupun hanya berniaga seminggu sekali atau pada hari cuti umum, namun beliau mampu memperoleh keuntungan antara RM300 hingga RM400 sebulan.