Guna penyembur api tarik pengganas keluar

Guna penyembur api tarik pengganas keluar

BEIJING, 23 Nov (Reuters) – Tentera China menggunakan penyembur api untuk memaksa keluar lebih daripada 10 ‘pengganas’ di sebuah gua di barat rantau Xinjiang, menurut akhbar utama tentera hari ini, dalam satu pemburuan apa yang digelar Beijing pelampau yang diterajui dari luar negara.

Menurut China pada Jumaat lepas bahawa pihak keselamatan mereka baru-baru ini telah membunuh 28 ahli sebuah kumpulan yang menjalankan serangan maut di sebuah lombong arang batu di Aksu pada bulan September, sebutan rasmi pertama terhadap insiden yang dilaporkan oleh Radio Free Asia kira-kira dua bulan lalu.

Dalam akaunnya, yang belum dapat disahkan, People Liberation Army Daily rasmi berkata polis bersenjata telah menjejak para penyerang ke pergunungan “seperti helang menemui mangsanya”.

PLA Daily berkata pasukan khas telah menggunakan bom kilat dan gas pemedih mata untuk memaksa para penyerang keluar dari tempat persembunyian, namun apabila langkah itu gagal, seorang pegawai kanan berkata: “Gunakan penyembur api”.

Pihak tentera menggunakan penyembur api untuk menarik keluar pengganas dari gua tempat mereka bersembunyi. – Reuters
Pihak tentera menggunakan penyembur api untuk menarik keluar pengganas dari gua tempat mereka bersembunyi. – Reuters

Selepas itu, akhbar itu menyatakan para penyerang keluar dari tempat persembunyian memegang pisau dan kemudian kesemuanya ‘mati dibunuh’.

Kerajaan China berkata ia berdepan dengan ancaman serius daripada militan Islam dan puak pemisah in Xinjiang, di sempadan tengah Asia, di mana ratusan telah mati dalam keganasan pada tahun-tahun kebelakangan.

Kumpulan-kumpulan hak asasi China belum pernah memperlihatkan bukti kukuh terhadap kewujudan kumpulan militan sepadu yang menentang kerajaan.

Beijing sekeras-kerasnya menafikan tuduhan-tuduhan penyalahgunaan hak, walaupun pengesahan bebas terhadap situasi di Xinjiang adalah keras disebabkan kawalan-kawalan kerajaan yang ketat pada lawatan-lawatan oleh pemberita-pemberita luar.

ARTIKEL YANG SAMA