Guna satelit mini

Guna satelit mini

JAKARTA, 27 April – Indonesia akan menggunakan data dari satelit mini di seluruh dunia untuk mengenal pasti dengan tepat lokasi kapal pukat tunda yang menangkap ikan secara haram di perairannya yang luas itu, di bawah satu persetujuan yang diumumkan hari ini bersama firma teknologi Silicon Valley.

Perjanjian itu akan menaik taraf sumber maklumat Jakarta ke atas penangkapan ikan secara haram dengan membolehkannya memantau lebih tepat wilayah terpencilnya, termasuk Laut China Selatan tempat kapal-kapal China dan Indonesia bertempur bulan lalu.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Menteri Perikanan, Susi Pudjiastuti dan Spire Global, yang disahkan oleh syarikat data yang dikuasai satelit.

Spire menjalankan armada ‘nanosatelit’ yang boleh mengesan dan menjejak kapal ketika mereka melintasi perairan Indonesia.

Kapal di laut lepas adalah dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa untuk membawa transponder yang menghantar maklumat ‘ping’ menerusi frekuensi radio mengenai identiti mereka dan lokasi kepada kapal-kapal lain untuk mengelak daripada perlanggaran.

Satelit mini Spire – yang tidak besar daripada botol wain – mengumpul maklumat umum yang diperolehi yang dengan cepat dan tepat membina peta global pergerakan perkapalan, dan memindahkan data ini kepada pihak berkuasa di lapangan.

Indonesia boleh memberi respons kepada sebarang ‘bendera merah’ – seperti jika kapal menutup transpondernya – yang ia mungkin menandakan kapal yang disyaki itu telah melintasi wilayah mereka, kata eksekutif pembangunan perniagaan Spire, Mark Dembitz memberitahu AFP.

“Ia menyediakan mereka tambahan keselamatan untuk memerangi dalam cara yang baik,” kata Dembitz.

“Mereka sedang berusaha untuk menggunakan sebanyak mungkin teknologi yang mereka boleh untuk menyelesaikan masalah mereka dalam penangkapan ikan secara haram.”

Ia juga akan memberi Indonesia satu kecanggihan teknologi dalam memantau secara dekat zon ekonomi eksklusifnya yang terbentang luas (EEZ) di seluruh Pulau Natuna yang terpencil di Laut China Selatan, kawasan ketegangan antara Jakarta dan Beijing bulan lalu. – AFP