Guna teknologi sel tunjang selamatkan badak putih

Guna teknologi sel tunjang selamatkan badak putih

BERLIN, 29 Dis – Sepasukan saintis antarabangsa berhasrat menggunakan teknologi sel tunjang untuk menyelamatkan badak sumbu putih utara daripada pupus.

Mereka merancang untuk membiak badak terancam itu – hanya tiga ekor badak dewasa yang masih hidup – menggunakan sel tunjang induced pluripotent (iPS), lapor Institut Leibniz bagi Zoo dan Penyelidikan Hidupan Luar (IZW), salah satu organisasi yang mengambil bahagian dalam projek menyelamat itu.

Yang digelar sel iPS itu adalah sel matang yang diambil dari tisu – biasanya kulit atau darah – yang diubahsuai secara genetik untuk bertindak seperti sel tunjang embrio. Ini bermaksud mereka mempunyai kemampuan untuk membentuk mana-mana jenis sel dewasa dan boleh dicetuskan menjadi sel sperma dan telur.

Tiga ekor badak yang tinggal itu – seekor jantan dan dua betina – masih lagi dapat menyalurkan sel sperma dan telur seperti biasa.

Jika semua berjalan seperti yang dirancang, telur subur invitro boleh diperkenalkan kepada ibu pengganti – contohnya badak putih selatan, yang bilangannya dianggarkan kira-kira 20,000 ekor – boleh mengandungkan benih badak putih utara.

“Kejayaan baru itu menawarkan kemungkinan baru dalam memerangi kepupusan spesies yang disebabkan oleh manusia,” kata IZW dalam kenyataan akhbar. – dpa