Guna tenaga yang boleh diperbaharui

Guna tenaga yang boleh diperbaharui

SINGAPURA, 8 Julai (Bernama) – Para pegawai tenaga dari 21 anggota negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengalu-alukan penyertaan (pencalonan) bagi Anugerah Amalan Terbaik Inisiatif Komuniti Tenaga Pintar APEC 2015.

Program itu dikendalikan oleh APEC Energy Working Group, yang merupakan badan penyelia Inisiatif Komuniti Tenaga Pintar dan lain-lain projek anggota APEC dalam sektor itu.

APEC Energy Working Group dalam satu kenyataan, berkata : “Program tersebut menyorot kejayaan usaha ekonomi APEC untuk menggalakkan masyarakat menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan/atau pengurangan perlepasan karbon.

Sektor awam dan swasta digalakkan untuk memohon dan tarikh akhir untuk penyerahan adalah pada 31 Julai 2015.

Keputusan anugerah itu akan diumumkan pada 20 Okt, 2015.

ARTIKEL YANG SAMA