Gunner perlu konsisten

Gunner perlu konsisten

LONDON, 7 Okt (AFP) – Arsenal perlu konsisten sebelum layak dilabel pencabar utama gelaran liga musim ini, kata pemain tengah Francis Coquelin selepas pasukannya mengalahkan Manchester United 3-0, Ahad lalu.

Gunners melangkah ke perlawanan berkenaan dengan kekalahan 2-3 kepada kelab Greece Olympiakos Piraeus pada aksi Liga Juara-Juara tetapi berjaya menebusnya apabila meledak tiga gol sepanjang 20 minit pertama bertemu United dan senario itu tidak pernah berlaku sepanjang menentang kelab Manchester dalam era Liga Perdana.

Di sebalik kejayaan itu, Arsenal tidak boleh menyembunyikan hakikat yang mereka melakar aksi tidak konsisten sepanjang September lalu apabila tewas tiga daripada enam perlawanan dan Coquelin gembira apabila Gunners akhirnya mampu mencipta sesuatu positif.

Francis Coquelin meraikan jaringan semasa menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Emirate pada 4 Oktober lalu. – Reuters
Francis Coquelin meraikan jaringan semasa menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Emirate pada 4 Oktober lalu. – Reuters

“Sejak dari awal musim kami sudah katakan mampu menjadi pencabar tapi perlu konsisten. Saya rasa perkara paling sukar untuk kami lakukan sekarang ialah meneruskan catatan positif ini,” kata Coquelin di dalam laman web rasmi kelab (www.arsenal.com).

“Sepanjang tiga perlawanan lalu, kami amat jarang melakar keputusan positif setiap kali menentang Manchester United. Secara perlahan-lahan, kami sudah mendapat keputusan yang diinginkan ketika menentang pasukan besar.