Gunners juara Piala Emirates

Gunners juara Piala Emirates

LONDON, 27 Julai (AFP) – Arsenal meningkatkan persediaan musim baru dengan memenangi Piala Emirates buat kali pertama sejak 2010 apabila jaringan Theo Walcott memberikan kemenangan 1-0 ke atas Wolfsburg semalam.

Jaringan Walcott pada separuh masa kedua memastikan pasukan Arsene Wenger menjulang kejayaan ketika mereka selesai di atas pasukan Villarreal, yang juga memenangi kedua–dua per-lawanan tetapi mempunyai beza jaringan besar dalam perlawanan empat pasukan pra-musim di Stadium Emirates.

Selepas membenam Lyon 6-0 Sabtu lalu, ini adalah persembahan yang lebih membosankan dari tuan rumah, tetapi masih banyak untuk menggalakkan bos Gunners menjelang aksi Liga Perdana menentang West Ham 9 Ogos depan.

Bekas penjaga gol Chelsea Petr Cech, satu–satunya pemain yang dibeli Wenger sejak berakhirnya musim lalu, menandakan kemunculannya di tempat sendiri dengan persembahan menarik yang kerap hilang untuk penjaga gawang Arsenal sejak beberapa tahun.

Selepas memulakan kemenangan Piala FA menentang Aston Villa musim lalu dalam peranan serangan sepanjang kerjayanya, penyudah menarik Walcott memberikan bukti lebih jauh apabila pemain sayap itu mungkin bersedia untuk kekal musim ini.

Theo Walcott bergambar bersama Piala Emirates selepas menang aksi persahabatan menentang Wolfsburg di Stadium Emirates semalam. – AFP
Theo Walcott bergambar bersama Piala Emirates selepas menang aksi persahabatan menentang Wolfsburg di Stadium Emirates semalam. – AFP

Terdapat juga pandangan terhadap masa depan Arsenal ketika midfield Perancis, Jeff Reine-Adelaide, 17, menarik perhatian 24 jam selepas persembahan menarik daripada pemain remaja, Alex Iwobi.

Setelah memenangi Trofi Asia awal bulan ini, Gunners sekarang boleh mencatatkan hatrik trofi pra-musim jika berjaya menewaskan Chelsea dalam perlawanan Community Shield di Wembley Ahad depan.

Biarpun lama bersama Chelsea, Cech menerima sambutan mesra peminat Arsenal dalam kemunculan keduanya bagi kelab itu.

Selepas beberapa tahun mengamalkan penjimatan perbelanjaan di pasaran perpindahan berikutan kos tinggi berpindah ke Stadium Emirates, Harris pada minggu ini dilaporkan berkata, Arsenal kini mempunyai lebih 200 juta pound bagi membolehkan Wenger memperkukuhkan skuadnya.

Harris mendakwa hanya pemain Barcelona, Lionel Messi dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo di luar

kemampuan Arsenal dan dalam masa sama menyokong Wenger untuk memecahkan rekod pembelian Mesut Ozil daripada Real Madrid pada 2013 yang bernilai 42.5 juta pound.

ARTIKEL YANG SAMA