Gunners uji kemajuan Liverpool

Gunners uji kemajuan Liverpool

LONDON, 21 Ogos (AFP) – Pemain tengah Liverpool, James Milner mendakwa pertembungan menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin depan adalah peluang terbaik untuk menguji peningkatan skuad itu sejak musim lalu.

Pasukan Brendan Rodgers tidak diletakkan dalam senarai pencabar perebutan takhta selepas tercicir ke tangga keenam liga, ketinggalan 25 mata di belakang juara bertahan Chelsea.

Penghijrahan penyerang bintang, Raheem Sterling ke Manchester City serta masalah kecergasan dialami penyerang England, Daniel Sturridge turut menyumbang kepada penurunan rating Liverpool.

Reds yang berada di tangga ketiga carta liga akan bertandang ke stadium Emirates dengan rekod dua kemenangan 1-0 ke atas Stoke dan Bournemouth.

Arsenal tewas 2-0 di tempat sendiri menentang West Ham sebelum skuad London utara itu menang 2-1 di Crystal Palace.

Pertahanan Bournemouth Steve Cook (kiri) dicabar oleh Philippe Coutinho (tengah) dan Benteke dalam aksi liga di Anfield 17 Ogos lalu. - AFP
Pertahanan Bournemouth Steve Cook (kiri) dicabar oleh Philippe Coutinho (tengah) dan Benteke dalam aksi liga di Anfield 17 Ogos lalu. – AFP

pg20_150822_b“Mereka kelihatan tajam,” kata Milner. “Arsenal berdepan kekecewaan menentang West Ham tetapi mereka pasukan berkualiti dan pasti bangkit daripada kekalahan dan meneruskan cabaran liga.”

Kapten Reds Jordan Henderson belum pasti beraksi menentang Arsenal akibat kecederaan kaki.

Selepas terkejut tewas kepada West Ham, Arsenal kelihatan lebih tenang dan klinikal berdepan Palace dan pertahanan Jerman Per Mertesacker mendedahkan bagaimana perbincangan yang jelas membantu mereka memulakan kempen.

“Jelas sekali apabila semuanya berjalan lancar dalam pra-musim, anda sudah mengelak orang ramai daripada terus bercakap. Tetapi terdapat keperluan untuk itu apabila kami keluar dari West Ham,” katanya.

“Anda sudah dapat merasakan sesuatu apabila berada dalam zon penyinkiran selepas tidak menghasilkan apa yang semua orang harapkan. Jadi adalah penting untuk bangkit semula. Prestasi menentang Palace amat memberangsangkan.”

Ketidakselarasan awal Arsenal bukanlah perbandingan kepada permulaan hambar Chelsea yang mengalami pembukaan paling buruk sejak 17 tahun selepas seri 2-2 menentang Swansea dan kemudian dibelasah 3-0 di Manchester City.

Jurulatih Blues Jose Mourinho bertindak pantas dengan menyambar Pedro Rodriguez – pemain sayap Barcelona yang mengabaikan minat Manchester United untuk berpindah ke Stamford Bridge – dan bek kiri Ghana Baba Rahman dari Augsburg.

Dengan Pedro dan Rahman berpotensi diturunkan untuk aksi sulung Blues di West Bromwich Albion Ahad ini, midfield Chelsea, Nemanja Matic tanpa ragu pasukannya akan bangkit daripada permulaan suram musim ini.

Sepak mula liga dipinda ke 8 Ogos untuk memberikan pengurus England Roy Hodgson masa tambahan menyediakan pasukannya untuk Euro 2016.

“Sepuluh hari itu dari segi persediaan antara apa yang kami lakukan tahun lepas dan tahun ini membawa perubahan dan mungkin menjadi masalah,” kata Matic.

“Ini adalah bola sepak. Kami terpaksa berhadapan dengan semua itu. Saya rasa dalam latihan setiap orang dahagakan kemenangan dan kejuaraan. Kami tahu apa yang perlu kami lakukan.”

Manchester City pula akan berusaha mengekalkan rekod 100 peratus mereka apabila berkunjung ke Everton Ahad ini.

Manchester United yang menjadi tuan rumah kepada Newcastle esok (Sabtu) juga telah memenangi dua perlawanan pertama dan mengalahkan Club Brugge dalam play-off perlawanan pertama Liga Juara-Juara.

Dalam mana-mana perlawanan itu, kapten Wayne Rooney gagal menjaringkan gol namun penyerang England itu yakin akan meledak tidak lama lagi.

“Musim baru saja bermula. Saya pernah mengalaminya (kritikan) sebelum ini dan jaringan pasti ada, saya tahu,” kata Rooney. “Saya faham saya perlu menjadi orang yang mengetuai barisan dan cuba mencari jaringan untuk kami.”

Premier League matchday 3

ARTIKEL YANG SAMA