Gunners yakin benam Bayern

Gunners yakin benam Bayern

LONDON, 3 Nov (Reuters) – The Gunners yakin mengulangi pencapaian menewaskan Bayern Munich dalam aksi Kumpulan F, Liga Juara-Juara, Khamis ini.

Sebelum ini, Arsenal mengejutkan jaguh Jerman itu dengan merekodkan kemenangan, 2-0, di Emirates, baru-baru ini.

Bertandang ke Allianz Arena, pasukan bimbingan Arsene Wenger wajib untuk menang bagi menghidupkan peluang untuk menempatkan diri dalam saingan 16 pasukan terbaik.

“Kita harus ingat, semuanya boleh berlaku dalam bola sepak walaupun Bayern adalah pasukan yang hebat ketika beraksi di laman sendiri.

“Kami yakin mampu meraih hasil positif. Kami perlu menyerang dengan penuh kebijaksanaan,” kata pemain pertahanan Arsenal, Gabriel Paulista.

Arsenal ketika ini menghuni tangga ketiga dengan tiga mata selepas beraksi dalam tiga perlawanan.