Gunung berapi bukan satu penghalang

Gunung berapi bukan satu penghalang

TOKYO, 17 Ogos (Reuters) – Utiliti Jepun Kyushu Electric Power berkata hari ini ia sedang mengawasi aktiviti di sebuah gunung berapi berhampiran kilang nuklear Sendai, namun tidak perlu mengambil sebarang langkah berjaga-jaga khas selepas pihak berkuasa mengingatkan mengenai risiko letusan yang lebih besar daripada biasa.

Reaktor itu adalah yang pertama beroperasi semula di bawah standard keselamatan baru yang dikuatkuasakan sejak peleburan di Fukushima pada 2011.

Perdana Menteri Shinzo Abe dan kebanyakan industri Jepun mahu reaktor dibuka sekali lagi untuk mengurang bil elektrik, tetapi pendapat awam menunjukkan kebanyakan orang awam menentang tindakan tersebut selepas krisis nuklear yang dicetuskan oleh gempa bumi dan tsunami.

Kemungkinan letusan Sakurajima, terletak kira-kira 50km dari Sendai, merupakan satu peringatan mengenai geologi yang mudah berubah di Jepun, yang mempunyai 110 gunung berapi aktif.

“Buat masa sekarang kami tidak mengambil sebarang tindak balasa tertentu,” kata jurucakap Kyushu Electric Tomomitsu Sakata menerusi telefon.

“Tidak adanya kesan ke atas operasi” loji Sendai, kata Sakata. “Kami akan terus memberi tumpuan kepada maklumat daripada Agensi Kaji Cuaca Jepun.”

Reaktor 890 megawat itu telah mencecah 50 peratus daripada pengeluarannya semalam dan operator menjangka pengeluaran sepenuhnya diperoleh pada 24 Ogos, kata Sakata.

Pengkritik industri nuklear berkata langkah keselamatan baru adalah tidak mencukupi, terutamanya untuk loji seperti Sendai, yang terletak berhampiran lima kaldera besar, lekuk seperti kawah yang terbentuk daripada letusan sebelumnya, dengan yang paling dekat terletak kira-kira 40 km dari sana.

Langkah beringat-ingat oleh Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear Jepun untuk letusan gunung berapi “adalah kekurangan dalam beberapa aspek penting” dan tidak memenuhi standard antarabangsa, kata John Large, ketua eksekutif Large & Associates, firma pakar runding kejuruteraan nuklear.

ARTIKEL YANG SAMA